BlogHealth

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia

By Tuesday April 7th, 2015 No Comments

Kerajaan mengambil berat dan amat komited dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia terus terpelihara serta perkhidmatan kesihatan negara terus maju dan berkualiti, tetapi pada masa sama tidak membebankan dan boleh dinikmati rakyat teramai. Kerajaan menanggung 98% daripada kos perubatan untuk semua rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital atau klinik Kerajaan, dan akan terus berusaha bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Sempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 7 April, saya ingin menyarankan agar semua rakyat terus mengamalkan budaya hidup sihat seperti beriadah, memakan makanan berkhasiat dan melakukan aktiviti-aktiviti kesihatan agar dapat menghindarkan diri daripada penyakit. Statistik tahap obesiti di Malaysia agak membimbangkan, namun saya yakin sekiranya kita semua memainkan peranan bersama dalam mengamalkan budaya hidup sihat, kita mampu mencegah diri – bukan sahaja daripada obesiti – bahkan banyak penyakit-penyakit berbahaya yang lain. Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia.

Leave a Reply