Salam sejahtera. Saya buat, saya mengaku. Saya menerima baik kritikan dan…

By Friday March 19th, 2021 No Comments

Salam sejahtera. Saya buat, saya mengaku.

Saya menerima baik kritikan dan pandangan.

Ya benar. Saya makan di Kedai Nasi Ayam Chee Meng.

Kedai ini popular di KL. Ramai yang beragama Islam makan di sini juga.

Seperkara lagi ialah mengenai “check-in”.

Aturan dibuat dan saya dibawa masuk ke kedai terus setibanya di sana.

Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian.

Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya.

Tidak mengapa.

Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini

Kompaun untuk tidak scan MySejahtera diumum sebagai RM1,500 dua hari lalu oleh Menteri PN.

Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50% iaitu denda RM750.

Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela.

Tidak ada double standards dalam istilah saya.

Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tak tahu lah.

Mereka ada dua darjat itu hal mereka.

Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya.

Saya juga ingin berkata bahawa saya masih mengulangi ujian Covid-19 kerap kali dan setakat ini semuanya negatif.

Insya-Allah semoga kita semua terus diberkati Allah SWT.

Oh ye. Seperkara lagi, saya ditanya mengenai pengawal pengiring saya.

Ya. Pemberian semula ini adalah mengikut ketetapan sebagaimana yang disediakan untuk bekas Perdana Menteri dan diberi balik kerajaan PN beberapa bulan dahulu.

Tidak lebih, tidak kurang, tiada layanan istimewa.

Tanya PM7/PM7i. Dia pun dapat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157773552635952/

Leave a Reply