Salam. Hari ini 21 Jun 2021. Hari ke-41 sejak PKP 3.0 seluruh negara…

By Monday June 21st, 2021 No Comments

Salam. Hari ini 21 Jun 2021.

Hari ke-41 sejak PKP 3.0 seluruh negara bermula dan hari ke-21 Total Lockdown.

Masih ada sekurang-kurangnya 74 hari untuk berkurung lagi bagi fasa 1 dan 2 total lockdown (sekiranya tidak dilanjut lagi) sebelum kebanyakan sektor bukan essential dibenar beroperasi semula pada 1 September sekiranya syarat kes baharu jatuh ke bawah 2,000 dan 40% penduduk selesai divaksin berjaya dicapai.

JKOM terus memberi komen dalam posting saya bahawa apa yang kerajaan PN buat tak kena di mata Najib.

Tapi ini adalah realitinya pada Rakyat yang tiada kepentingan politik:

Sejak permulaan tahun ini, seluruh Rakyat Malaysia sudah berkurung selama 92 hari setakat ini (PKP 2.0: 51 hari, PKP 3.0: 41 hari sejak 12 Mei).

92 dari 171 hari (54%) sejak permulaan tahun adalah di bawah PKP.

Warga Kelantan lagi terseksa sebab PKP 3.0 bermula lebih awal pada 16 April.

Baki tempoh yang bukan PKP pula pada tahun ini adalah di bawah PKPB.

Setakat ini, jumlah bantuan BPR fasa 1 dan 2 yang diterima bagi menghadapi 92 hari ini hanya RM600 bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 ke RM4,000 atau RM6.52 sehari bagi setiap hari bawah PKP.

Bagi bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 pula, jumlah bantuan diterima setakat ini ialah RM350 atau RM3.80 bagi setiap hari dikurung bawah PKP.

Yang lagi perit ialah masih ada 74 hari untuk berkurung lagi. Itupun jika syarat-syarat bagi fasa 3 berjaya dicapai dan fasa 1 yang sudahpun dilanjut sekali tidak dilanjutkan lagi.

Adakah ini betul pada mata kamu?

Sebab apa?

Sebab kerajaan PN sudah mengambil beberapa langkah yang amat salah seperti membuat PKP secara separuh masak, turunkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 14 hari ke 7 hari dan membuka semula sekolah bersemuka pada ketika kes baharu lebih tinggi berbanding masa PKP 2.0 bermula – walaupun sudah berkali-kali diberi amaran oleh saya sebab terlalu jelas bahawa ianya adalah langkah-langkah tak logik dan membahayakan Rakyat.

Jika betul, kes baharu semalam sebanyak 5,293 semalam tidak akan lebih tinggi berbanding jumlah 2,232 semasa Darurat diumum 5 1/2 bulan dahulu dan lebih tinggi berbanding jumlah 3,807 kes ketika PKP 3.0 seluruh negara diumum pada 10 Mei 2021.

Jika betul, penggunaan katil ICU tak berbulan-bulan melebihi kapasiti.

Jika betul, Malaysia tak akan jadi juara Covid ASEAN dan top 10 dalam dunia dengan kes baharu serta kematian baharu yang masih berkali ganda lebih tinggi dari segi saiz penduduk berbanding negara-negara jiran semalam biarpun RM600 bilion sudah dibelanja kerajaan PN tanpa hasil yang nyata.

Sehingga kerajaan PN sendiri mengaku tak banyak wang lagi untuk lebih membantu Rakyat.

Jika betul, YDP Agong dan Majlis Raja-Raja tidak perlu membuat persidangan khas untuk membincang masalah kewangan negara dan keadaan Covid.

Bukan hanya tak betul pada mata Najib sahaja.

Negara-negara lain dalam dunia juga dilanda pandemik tapi kenapa Malaysia jauh lebih berkesan dan masih terpalit dalam krisis pada ketika satu persatu negara lain sudah pulih atau sedang memulih?

Adakah ini masih kena pada mata JKOM?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157965276430952/

Leave a Reply