Salam 1Malaysia! Piala Suzuki AFF 2012 hampir tiba, di mana pasukan bola…

By Wednesday November 21st, 2012 No Comments

Salam 1Malaysia! Piala Suzuki AFF 2012 hampir tiba, di mana pasukan bola sepak terhebat di Asia Tenggara akan beraksi merebut kejuaraan itu. Pasukan bola sepak Malaysia akan mempertahankan kejuaraan mereka pada 25 dan 28 November ini serta 1 Disember depan (link: http://www.fam.org.my).

Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada pasukan kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya digalakkan untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter. Mulakan mesej berkenaan dengan

#DemiHarimauMalaya, saya akan ….”

Pengguna Twitter yang menghantar kata-kata semangat terbaik berpeluang memenangi tiket terhad ke setiap perlawanan dengan salah seorang daripada anda berpeluang memenangi jersi terbaru skuad bola sepak kebangsaan. Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam , 21 November hingga 9 pagi, 30 November. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan! – ADMIN

Football Association Malaysia official website. Home of Malaysian Football news, info , malaysian super league and ticket hotline.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/392617200815813/

Leave a Reply