Salam 1Malaysia. Agak berbeza suasana Tahun Baru Cina pada tahun…

By Thursday February 11th, 2021 No Comments

Salam 1Malaysia.

Agak berbeza suasana Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Kalau dahulu, tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan amat meriah.

Pergi shopping mall, nampak deco-deco merah dan bertemakan Tahun Baru Cina.

Buka radio, boleh dengar lagu-lagu “Gong Xi Gong Xi”.

Lalu kedai-kedai nampak ramai keluar masuk beli barang keperluan perayaan.

Sehari dua sebelum Tahun Baru Cina, dilihat ramai pulang ke kampung untuk tradisi makan makan atau reunion dinner bersama keluarga, dan sambutan selama 15 hari.

Saya pula turut bersama menyambut Tahun Baru Cina bersama para pemimpin, wakil-wakil masyarakat serta penduduk di kampung saya.

Makan yee sang dan masakan-masakan halal Cina yang lain di Wisma MCA, parti-parti komponen lain, Dewan-dewan Perniagaan, sambutan kebangsaan dan sudah tentunya di Pekan.

Saya lawat rumah kawan-kawan, penduduk orang kampung.

Namun itu sebelum ini, kini suasana sudah berubah.

Bandar raya agak suram. Kedai-kedai sunyi.

Tahun ini perayaan disambut secara sederhana bersama keluarga terdekat sahaja.

Covid-19 telah membawa perubahan dan kesan besar kepada kehidupan kita.

Kes-kes Covid-19 masih berada di paras yang amat tinggi lagi.

Saya tahu akibat pandemik ini, ramai peniaga dan pekerja yang terjejas sama sekali.

Pendapatan berkurangan secara mendadak.

Saya juga diberitahu bahawa semakin banyak peniaga kecil-kecilan menutup perniagaan mereka.

Dan makin banyak lagi telah membuat perancangan menghentikan operasi perniagaan selepas Tahun Baru Cina ini.

Amat susah hati saya melihat ini.

Bagaimana mereka nak menghadapi kesusahan ini?

Satu pelan tindakan yang menyeluruh perlu disediakan dan pelaksanaannya perlu disegerakan.

Apapun, saya berharap kita semua bersatu hati dan tabah bersama-sama mengatasi dugaan ini.

Walaupun terdapat SOP-SOP yang perlu dipatuhi, saya berharap saudara-saudari masyarakat Cina akan dapat menyambutnya secara gembira dan meriah dengan keluarga terdekat.

Yang penting, keikhlasan persaudaraan dan kekeluargaan.

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina.

Semoga Tahun Baru Cina ini membawa keberkatan dan kesihatan terbaik kepada saudara-saudari semua.

Gong Xi Fa Cai!

Xin Nian Kuai Le!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157693744665952/

Leave a Reply