Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sabtu lalu, KKM kata Sabah mempunyai kapasiti merawat 5,853 pesakit Covid... - Najib Razak

Sabtu lalu, KKM kata Sabah mempunyai kapasiti merawat 5,853 pesakit Covid…

By Wednesday October 28th, 2020 No Comments

Sabtu lalu, KKM kata Sabah mempunyai kapasiti merawat 5,853 pesakit Covid melalui 9 hospital (1,123 katil) serta 31 pusat kuarantin dan rawatan kes Covid risiko rendah (4,730 katil).

Tapi semalam, jumlah kes aktif Covid di Sabah sebanyak 7,433 pesakit sudah melebihi kapasiti 5,853 diumum hari Sabtu lalu.

Ini membimbangkan sebab Sabah kini mencatat antara 400 hingga 900 kes baru setiap hari.

Saya risau juga pesakit positif Covid akan disuruh kuarantin dalam rumah atau tidak lagi diterima oleh hospital yang telah sesak.

Bilangan staff front-liners di Sabah juga mungkin tak cukup.

Harap KKM dan MKN akan mewujudkan lebih banyak pusat kuarantin dan rawatan serta hospital medan secepat mungkin.

Diharap juga lebih ramai nurse, pegawai perubatan dan doktor sukarelawan dari sektor awam dan swasta semenanjung Malaysia dan Sarawak akan sudi berpindah dan berkhidmat di Sabah buat masa ini sebab Sabah amat memerlukan jasa kamu.

Jika ada sukarelawan dari negara lain, jangan tolak.

Kerajaan juga perlu pastikan mereka yang pindah secara sukarela ke sana tidak akan menghadapi apa-apa masalah logistik dari segi kediaman, pengangkutan, makanan setiap hari dan bekalan PPE.

Mereka ke sana untuk membantu dan patut dijaga betul-betul.

Pada pandangan saya, frontliners dari semenanjung dan Sarawak yang ingin dihantar ke sana juga tidak perlu kuarantin 14 hari sebab keadaan Covid di Sabah lebih membimbangkan berbanding dari negeri asal.

Boleh dikatakan mereka datang dari negeri berisiko tinggi dan dibenarkan bertugas serta-merta selepas disaring.

Melihat jumlah kes baru setiap hari dari kategori saringan bergejala serta trend menaik di Sabah, saya dah ramal pada awal bulan ini bahawa kita mungkin menghadapi masalah kekurangan katil hospital dan staff.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157422818105952

Saya tengok cadangan-cadangan saya hari itu masih boleh digunapakai seperti berikut:

1. Mewujudkan lebih pusat kuarantin dan rawatan bagi pesakit Covid-19 yang tidak bergejala atau ada gejala ringan untuk mengurangkan beban kepada hospital.

2. Memindah lebih ramai front-liner dari KKM dan dari hospital swasta semenanjung Malaysia serta Sarawak untuk membantu di Sabah.

3. Memastikan bekalan perubatan, PPE dan kapasiti membuat saringan di Sabah adalah mencukupi.

Diharapkan juga NGO-NGO dari semenanjung Malaysia boleh tolong mengumpul dan membekalkan bantuan kepada warga Sabah – terutamanya daerah-daerah yang telahpun diletak di bawah PKPB untuk sebulan.

Saya berdoa dan berharap KKM serta kerajaan Sabah boleh ambil maklum dan laksanakan dengan teliti.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157451334145952/

Leave a Reply