Rupanya pengeluaran i-Sinar ini telah banyak membantu golongan yang terdesak…

By Thursday March 11th, 2021 No Comments

Rupanya pengeluaran i-Sinar ini telah banyak membantu golongan yang terdesak dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi tempatan.

Dulu pulak, pihak sebelah sana berbulan-bulan lamanya tuduh saya gadaikan masa tua pencarum, populis, tidak bertanggung jawab sebab mengajar benda yang tak betul pada rakyat atau sengaja menyusahkan kerajaan PN dengan syarat-syarat mustahil. ?

Hari ini lain cerita pula.

Bagaimana dengan kawan-kawan?

Wang i-Sinar dikeluarkan telah habis digunakan untuk membayar hutang, digunakan untuk kelangsungan hidup ataupun disimpan untuk kecemasan masa hadapan?

Sebenarnya, saya tak berapa membantah jika ianya digunakan untuk membeli emas sebab ianya satu cara menyimpan nilai dan ada peluang mendapat pulangan pada masa depan.

Tapi saya amat tidak bersetuju jika wang i-Sinar digunakan untuk membeli iPhone yang akan susut nilai dengan laju atau digunakan untuk mengubah paip eksoz motor supaya lebih kuat berbunyi.

https://malaysiagazette.com/2021/03/11/pengeluaran-i-sinar-sekarang-atau-kemudian/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157754815490952/

Leave a Reply