Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
RM500 juta sudah diagih untuk pembangunan - Najib Razak
News_archive

RM500 juta sudah diagih untuk pembangunan

By Tuesday May 5th, 2009 No Comments

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RM500 juta daripada peruntukan khas RM1 bilion yang disalur kepada Kerajaan Sabah tahun lalu sudah diserahkan, manakala bakinya akan diagih secepat mungkin.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan komited menyalurkan peruntukan itu bertujuan membantu pembangunan negeri, selain peruntukan RM245 juta untuk mengambil alih Pusat Perubatan Sabah (SMC), di sini bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).

“(Bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa RM1 bilion untuk Sabah tahun lalu. Setakat ini, RM500 juta sudah diberikan manakala bakinya akan diberi dalam tempoh terdekat,” katanya berucap pada program pemimpin bersama rakyat di Padang Merdeka di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Peruntukan RM1 bilion itu diumumkan Abdullah selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai kerajaan dan pemimpin BN Sabah di sini pada Mei tahun lalu menerusi Peruntukan Khas Perdana Menteri untuk pembangunan Sabah.

Najib berkata, peruntukan pengambilalihan SMC itu sedang diurus Kementerian Kesihatan bagi membantu mengurangkan kesesakan pesakit di QEH, selain usaha memberi kemudahan kepada pesakit dan kakitangan QEH.

Sebelum ini, kerajaan negeri mencadangkan Kementerian Kesihatan membeli SMC sementara menunggu hospital baru dibina di Kinarut dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai langkah segera mengatasi masalah QEH yang diisytihar tidak selamat digunakan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply