Ringkasan dari temubual The Edge dengan CEO KWSP. 1. Mula-mula KWSP amat…

By Sunday June 27th, 2021 No Comments

Ringkasan dari temubual The Edge dengan CEO KWSP.

1. Mula-mula KWSP amat takut dengan skim i-Sinar tapi akhirnya mereka kata ianya terbukti terkawal sebab asas KWSP adalah kukuh. Jumlah pengeluaran juga RM30 bilion lebih rendah berbanding ramalan mereka.

(Kan saya dah kata awal-awal? Bimbang apa? Syarat puteri Gunung Ledang?)

2. Bahagian terbesar daripada pengeluar skim i-Sinar adalah dari golongan B40 dan M40. KWSP mengaku ianya amat membantu mereka bagi bertahan dalam tempoh krisis pandemik ini.

(Itulah sebab UMNO dan saya lawan kerajaan PN untuk desak skim ini walaupun dikecam “kawan-kawan” serta JKOM)

3. Biarpun wujudnya skim i-Lestari dan i-Sinar, prestasi KWSP pada suku 1 2021 adalah amat baik, didokong oleh pulangan dari pelaburan asing sejak beberapa tahun lalu.

(Mana perginya mereka yang pernah hina saya “Bodoh”masa saya jumpa Trump sebab saya mahu KWSP lebih melabur di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat?)

Boleh baca sendiri:

“24 Jun 2021: Cover Story: Withdrawal of Account 1 shook EPF to its core, says Amir”
https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-withdrawal-account-1-shook-epf-its-core-says-amir



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157977156400952/

Leave a Reply