Ribuan mangsa banjir masih di pusat penempatan sementara. Mereka tidak…

By Sunday January 17th, 2021 No Comments

Ribuan mangsa banjir masih di pusat penempatan sementara.

Mereka tidak dapat kembali ke rumah lagi.

Lebih menyedihkan, ada yang tiada rumah untuk kembali kepada lagi.

Bayangkan diri kita sendiri dalam keadaan mereka.

Kemusnahan dan kerosakan harta benda akibat banjir ini amat besar kepada mereka.

Tidak ada pendapatan sepanjang masa ini, ditambah beban menghadapi kerugian dan kos pembersihan, penggantian barangan dan baikpulih rumah akibat banjir.

Saya berkongsi kegelisahan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir.

Pada tahun-tahun dahulunya masa saya Perdana Menteri, saya sentiasa memastikan ada peruntukan dari Kerajaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Ada kawasan yang saya bina semula penempatan, ada yang menerima bantuan kewangan.

Hari ini amat terhad apa yang saya boleh buat.

Saya akan cuba bantu dari segi keperluan harian dan sumbangan tenaga, bantu apa yang kita mampu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157626134245952/

Leave a Reply