Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Restoran Di Brickfields Wujudkan Najib's Corner - Najib Razak
News_archive

Restoran Di Brickfields Wujudkan Najib's Corner

By Thursday May 28th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Sebuah restoran popular di Brickfields, satu kawasan majoriti kaum India di ibu negara, yang disinggahi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik memegang jawatan nombor satu negara dua bulan lepas berhasrat menamakan sebahagian ruang di kedai itu sebagai “Najib’s Corner”.

Pemilik Restoran Kortumalai Pilliar, yang terletak berhampiran simpang Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Travers, mahu memperingati lawatan Perdana Menteri serta memberi sokongan kepada Najib terhadap pendekatan turun padang bagi melihat sendiri kehidupan dan masalah rakyat.

Bercakap kepada Bernama, pemiliknya restoran S. Sellappa berkata sehari selepas Najib mengambil alih jawatan, beliau singgah di restoran itu untuk menikmati segelas “teh-tarik” selepas melawat Brickfields.

“Ia merupakan kali kedua beliau singgah di kedai ini. Pertama kali semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bagi menghargai dan menunjukkan sokongan kepada beliau, kami memutuskan untuk menamakan sebahagian ruang kedai dengan Najib’s Corner,” kata Sellapa.

Beliau berkata ruang itu akan mempamerkan gambar Perdana Menteri semasa singgah di restoran itu bagi mencerminkan ia adalah “Najib’s Corner”.

Pembukaan rasmi ruang kedai itu akan diadakan pada pukul 11 pagi Ahad ini oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M. Saravanan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply