Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Realiti geopolitik baru - Najib Razak
News_archive

Realiti geopolitik baru

By Wednesday June 3rd, 2009 No Comments

Pada Khamis lalu, 4 Jun, dua lawatan rasmi yang penting telah berlangsung di mana ia mencerminkan realiti geopolitik baru dengan berpaksikan apa yang pernah berlaku 20 tahun lalu dan dekad-dekad sebelumnya.

Dua lawatan rasmi itu ialah kunjungan Presiden Barack Obama ke Kaherah, Mesir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Beijing, China. Lawatan Obama ke Kaherah itu dianggap penting kerana ia merupakan detik permulaan baru bagi hubungan Amerika Syarikat dan dunia Islam.

Sementara lawatan Najib ke Beijing yang di samping mengukuhkan hubungan Malaysia-China tetapi ia sarat mengandungi makna bersejarah yang kesannya berkait dengan apa yang berlaku di peringkat antarabangsa.

Bukan itu saja, kesannya terhadap politik dalam negara berkait dengan transformasi yang sedang dibawa oleh Perdana Menteri untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Kebetulan pula lawatan Najib ke Beijing berlaku selepas negara mendengar perdebatan kewajaran bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia di mana akhirnya kerajaan mengambil keputusan yang mencerminkan sentimen rakyat.

Lawatan Perdana Menteri ke China juga berlaku ketika sebuah parti pembangkang yang penting di negara ini mengadakan pemilihan di mana berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan. Ternyata pemilihan PAS menunjukkan bahawa anggota-anggotanya cenderong kepada aliran yang mahukan kerjasama dengan Barisan Nasional.

Ketiga-tiga peristiwa ini; lawatan rasmi Najib ke China, penolakan rakyat terhadap usaha untuk mengizinkan kepulangan Chin Peng dan kemenangan pihak yang mendokong kerajaan perpaduan dalam PAS berlaku ketika Merdeka Centre dalam tinjauan menunjukkan peningkatan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Najib. Ia kesemuanya menunjuk arah kepada detik-detik pembaikan.

Beberapa hari sebelum kunjungan Najib ke Beijing itu, Malaysia dan China telah menyambut ulangtahun ke-35 pemulihan hubungan diplomatik kedua negara di mana Tun Razak Hussein menjadi ketua kerajaan ASEAN yang pertama mengunjungi Republik Rakyat China.

Dalam detik bersejarah itu, Tun Razak telah mencapai dua kejayaan dari segi kepentingan dalam negara. Pertama, dengan lawatan itu beliau berjaya menghentikan sokongan China terhadap PKM dan sekali gus menamatkan ancaman bersenjata dari pihak komunis. Hubungan Beijing dengan PKM hanya berbentuk parti ke parti dan bukan negara dengan gerakan.

Kedua, Tun Razak berjaya mengaut balik sokongan kaum China kepada parti pemerintah melalui penubuhan Barisan Nasional yang turut disertai oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply