Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Rata-rata pemimpin PH Plus kritik keputusan mahkamah persekutuan hari ini... - Najib Razak

Rata-rata pemimpin PH Plus kritik keputusan mahkamah persekutuan hari ini…

By Friday February 19th, 2021 No Comments

Rata-rata pemimpin PH Plus kritik keputusan mahkamah persekutuan hari ini untuk mengenakan denda RM500,000 ke atas portal MalaysiaKini atas 5 komen yang ditinggalkan pembaca mereka yang dikatakan menghina mahkamah.

Tapi PH Plus lupa pula bahawa ianya Menteri PH sebelum ini yang mahu ambil tindakan terhadap pengendali portal berita yang gagal memantau komen pembaca.
https://www.sinarharian.com.my/article/17421/BERITA/Nasional/Pengendali-portal-perlu-bertanggungjawab-komen-pembaca

Namun, UMNO juga bimbang dengan tindakan kerajaan PN mendakwa MalaysiaKini tahun lepas serta keputusan mahkamah persekutuan hari ini sebab ianya memberi kesan yang besar terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Ianya mungkin membuka ruang untuk kerajaan mengambil tindakan yang sama terhadap pemilik-pemilik akaun Facebook, Instagram atau media lain.

“19 Feb 2021: Umno turut bimbang kebebasan bersuara lepas Malaysiakini didenda RM500,000”
https://www.malaysiakini.com/news/563600

Sebab itu, keputusan mahkamah tersebut sudah menjadi berita antarabangsa hari ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157713136950952/

Leave a Reply