Rasanya satu lagi Jawatan Kuasa Khas perlu ditubuh dan satu Perutusan Khas…

By Saturday June 26th, 2021 No Comments

Rasanya satu lagi Jawatan Kuasa Khas perlu ditubuh dan satu Perutusan Khas perlu dibuat untuk selesaikan isu ini.

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga minyak masak botol

8 Jun 2021: Kerajaan akan siasat kenaikan harga minyak masak botol setelah harga naik 3 kali ke RM34 sejak bulan Januari.

Dari PKP 2.0 hingga ke PKP 3.0 dan sampai ke penghujung Total Lockdown fasa 1 pun belum selesai kaji.

Maka tubuhlah satu lagi Jawatankuasa khas untuk kaji hasil dari siasatan dan kajian kerajaan.

Sekali lagi saya beri cadangan saya sebab keadaan sudah banyak berubah sejak tahun 2016.

Cadangan saya (jika nak didengar kerajaan PN) ialah:
– memandangkan kadar inflasi sudah amat tinggi pada ketika pendapatan Rakyat berkurang masa lockdown/pandemik ini;
– peluang serta risiko bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara telah ditutup ketat sejak pandemik bermula; dan
– hasil cukai durian runtuh bagi minyak sawit mentah melebihi jangkaan kerajaan.

maka gunalah hasil dari cukai durian runtuh minyak sawit untuk beri subsidi bagi minyak masak 5kg dalam botol untuk tempoh 6 bulan sahaja untuk meredakan keadaan.

Pada masa yang sama, memperluaskan lagi bekalan paket minyak masak 1kg bersubsidi sedia ada ke pasaran.

Sekiranya tidak dibendung sekarang, harga makanan dijual restoran dan warung juga akan naik harga.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157975690840952/

Leave a Reply