Rasanya bank-bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk mengaut…

By Saturday December 26th, 2020 No Comments

Rasanya bank-bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk mengaut lebih keuntungan berhubing isu lanjutan moratorium telah belajar dari Gagalkrasi PH.

Dulu PH janji mansuhkan semua tol bila menang PRU14 tetapi akhirnya memberi diskaun 18% dengan melanjutkan baki tempoh konsesi tol dari 18 tahun lagi ke 38 tahun lagi.

Lalu dilaungkan menteri kewayangan dengan seluruh barisan PH bahawa janji manifesto PH kononnya telah ditunaikan.

Kerajaan PN pula janji dalam penggulungan bajet 2021 bahawa kelulusan automatik bagi lanjutan moratorium pinjaman akan diberi tanpa syarat.

Tetapi beberapa bank pula memberi diskaun ansuran bulanan atau mengecualikan ansuran untuk 3 bulan dengan melanjutkan baki tempoh bayaran pinjaman antara 2 hingga 5 tahun lagi.

Lalu dilaungkan pula bahawa janji bajet 2021 bagi lanjutan moratorum pinjam telah kononnya ditunaikan.

Pelik tapi memang memang berlaku.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157580186890952/

Leave a Reply