Blog

Rang Undang-undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016) diluluskan

By Wednesday December 2nd, 2015 No Comments

Alhamdulillah, semalam Bajet 2016 telah pun diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat.

Sungguhpun begitu, fokus kita sekarang haruslah kepada usaha memastikan apa yang dibentangkan dalam Bajet 2016 menjadi kenyataan dan membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Saya ingin semua Kementerian dan agensi Kerajaan memastikan bahawa petunjuk prestasi utama atau KPI masing-masing dan segala perancangan yang diperlukan telah tersedia bagi pelaksanaan semua inisiatif dan program Kerajaan di bawah Bajet 2016 bermula Januari tahun depan.

Saya dan Menteri-menteri Kabinet akan memantau prestasi semua secara teliti dan juga melakukan spot check Tinjauan Bajet dari semasa ke semasa, tanpa makluman awal.

Leave a Reply