Audio

Rancangan Malaysia Ke-11

By Friday November 7th, 2014 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/175755852″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak menyatakan bahawa Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan dibentangkan pada bulan Mei 2015 adalah langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Rancangan Malaysia Ke-11 yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Mei 2015 merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Ke arah mencapai objektif tersebut, kerajaan akan mengutamakan projek-projek berimpak tinggi dengan kos yang rendah serta memastikan pelaksanaan yang cekap dan pantas.

Disampingi itu, pendekatan yang telah saya utarakan dalam Bajet 2015 yakni bajet yang bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat, di mana saya telah membahagikan pengurusan ekonomi negara kita kepada dua bahagian yakni Capital Economy dan People Economy.

Dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut, insya-Allah, Malaysia akan menjurus kepada mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan kita tetap berada di landasan yang betul.

Sekian sahaja dari saya.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Leave a Reply