Ramai yang salah faham (termasuk wakil rakyat PN ini) bahawa kerajaan telah…

By Monday January 25th, 2021 No Comments

Ramai yang salah faham (termasuk wakil rakyat PN ini) bahawa kerajaan telah peruntukan RM150 juta dalam bajet 2021 untuk membeli 150,000 komputer yang akan diagihkan kepada murid-murid sekolah.

Sebenarnya, kos RM150 juta ini adalah sumbangan GLC dan GLIC ke dalam Tabung Cerdik yang dikendali Khazanah Nasional.

Ianya tiada kaitan dengan kelulusan peruntukan kerajaan PN membina dewan-dewan atau sebagainya.

Masalah sekarang ialah kerajaan arahkan semua murid sekolah untuk menghadiri kelas atas talian apabila sekolah dibuka pada 20 Jan 2021 selepas melaksanakan PKP.

Jika ramai yang belum ada komputer, bagaimana pula murid-murid nak belajar atas talian?

Dalam tempoh Gagalkrasi PH, hampir RM40 bilion aset daripada aset bersih RM116 bilion dibina BN telah dijual Khazanah.

Dan dalam tempoh 7 bulan selepas PN ambil alih kerajaan, aset sebanyak RM8 bilion lagi juga dijual Khazanah.

“1 Jan 2021: Khazanah disposes RM8b worth of shares, assets in 7 months”
https://www.malaysiakini.com/news/557228

Dengan hasil penjualan aset berpuluh-puluh bilion Ringgit itu, kenapa Khazanah tidak segerakan dana RM150 juta untuk membeli komputer supaya ianya dapat diagihkan dengan segera kepada murid-murid sekolah yang sedang tunggu untuk menghadiri kelas online sekolah?

Wang hasil jualan aset negara sudah ke mana?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157647056960952/

Leave a Reply