Ramai yang kata Malaysia tak mampu tanggung kos projek RM60 bilion bagi…

By Tuesday January 5th, 2021 No Comments

Ramai yang kata Malaysia tak mampu tanggung kos projek RM60 bilion bagi projek HSR KL-Singapura.

Sebenarnya, Tok Pa semalam telah mendedahkan sedikit sebanyak tentang model syarikat AssetCo yang kerajaan BN hasilkan bersama dengan kerajaan Singapura.

“”Kerajaan Malaysia memberi jaminan supaya sejumlah wang disediakan sebagai gerenti kepada syarikat AssetCo untuk tempoh 30 tahun dengan jumlah jaminan adalah RM60 bilion iaitu kira-kita RM2 bilion setahun. ” kata Tok Pa.

“4 Jan 2021: Pembatalan HSR: Malaysia jangka pampasan tidak sampai S$270 juta – Mustapa”
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1918584

Malaysia cuma perlu sumbang maksima RM2 bilion setahun untuk 30 tahun kepada assetco tersebut.

(Siapa pulak yang kata kerajaan perlu bayar RM60 bilion sekaligus?)

(Bayangkan jumlah hasil kepada kerajaan turun lebih RM25 bilion setahun selepas PH gantikan GST dengan SST. Jika GST tak batal, kita boleh buat 10 buah HSR dengan model ini! Setelah PH gantikan GST dengan SST, harga barang tak turun pun. Semakin naik adalah.)

Bila assetco ini mula jana keuntungan tahunan maka kita hanya perlu top-up perbezaan antara keuntungan yang dijana dengan bayaran maksima RM2 bilion setahun.

Sektor penerbangan KL ke Singapura adalah sektor penerbangan antarabangsa paling sibuk dalam dunia dengan lebih 31,000 penerbangan pada tahun 2018 dan masih meningkat setiap tahun.

“March 26, 2019: KL-Singapore world’s busiest international flight route for 2nd year running”
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/473086/kl-singapore-worlds-busiest-international-flight-route-2nd-year-running

Sebab itu, dalam rancangan asal BN untuk projek bermula operasi pada tahun 2026 (tetapi ditangguhkan PH ke 2031 lalu dibatalkan sepenuhnya PN), jumlah penumpang HSR KL-Singapura dijangka capai 15.2 juta pada tahun 2030 dan meningkat ke 37.8 juta orang pada tahun 2060.

Sebab tren HSR adalah tren elektrik yang kurang mencemar, projek ini mampu mengurangkan penceraman udara dan greenhouse gas jika jumlah penerbangan dan perjalanan kereta dapat dikurangkan)

(Jika ditukar menjadi KL-Johor Bahru, sudah tentu jumlah penumpang akan jauh lebih rendah)

Sebab itu, HSR KL-Singapura mampu menjana keuntungan untuk syarikat operasi AssetCo dari tambang penumpang sahaja.

Belum ambil kira lagi peningkatan pelaburan asing dan peningkatan bagi perbelanjaan pelancong apabila HSR mula beroperasi yang mampu menjana keuntungan lebih RM6 bilion setiap tahun bagi Malaysia – seperti dalam kajian pakar Jepun pada tahun 2018.

‘HSR mampu jana pendapatan M’sia AS$1.59 bilion setahun’
https://www.malaysiakini.com/news/436209

Satu lagi kelebihan dari struktur AssetCo yang dirunding masa BN untuk kedua-dua negara bertanggungjawab untuk memilih vendor dan mengendali operasi HSR ialah kita boleh ambil kesempatan dari kaedah faedah bon pinjaman kerajaan Singapura yang amat murah.

Kadar faedah bon 30 tahun kerajaan Singapura cuma 1.1% setahun sahaja. Sudah tentu kadar faedah amat rendah ini mampu mengurangkan kos projek HSR KL-Singapura.

Dengan mengambil kira pelbagai faktor dan kemungkinan, kerajaan BN dahulu masa saya PM sudah rancang yang terbaik demi pembangungan dan peningkatan ekonomi negara untuk tahun-tahun mendatang.

Malangnya kerajaan PN tak setuju dengan model AssetCo ini sebab mereka tidak bebas untuk memberi projek kepada sesiapa yang mereka mahu.

Lalu HSR KL-Singapura dibatalkan mereka dan digantikan dengan projek domestik KL-Johor Bahru dengan menggunakan tren lebih perlahan dari ERL milik syarikat YTL pada kos yang hampir sama dengan HSR KL-Singapura.

Akibat jumlah penumpang yang akan jauh lebih rendah, kerajaan akhirnya akan perlu membayar pampasan setiap tahun untuk projek HSR KL-Johor Bahru untuk menampung kerugian syarikat operasi.

Sebijik dengan model era PM4.

Saya rasa kerajaan hari ini lebih minat untuk bayar gantirugi antara RM300 juta hingga RM820 juta supaya kita boleh lepaskan peluang menjana keuntungan lebih RM6 bilion setiap tahun serta diperlukan untuk bayar pampasan setiap tahun untuk tampung kerugian syarikat operasi HSR KL-Johor Bahru.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157601290935952/

Leave a Reply