Ramai yang bimbang dengan keputusan mahkamah persekutuan bahawa Seksyen 28…

By Thursday February 25th, 2021 No Comments

Ramai yang bimbang dengan keputusan mahkamah persekutuan bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah.

Apa yang dijelaskan hakim ialah jenayah tersebut iaitu seks luar tabii sudah terkandung dalam Kanun Keseksaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak boleh mengubal undang-undang negeri yang melanggar undang-undang persekutuan sedia ada.

Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah. Pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau tidak lebih enam sebatan, atau dengan mana-mana kombinasi hukuman.

Manakala Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan bagi kesalahan yang sama pula membawa kepada hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa ada keperluan untuk Menteri Agama atau Menteri Undang-undang kerajaan PN tampil memberi pencerahan bagi pihak kerajaan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157725856130952/

Leave a Reply