Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Rakyat tidak tolak BN - Najib - Najib Razak
News_archive

Rakyat tidak tolak BN – Najib

By Friday April 17th, 2009 No Comments

PEKAN 18 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat bukan menolak Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka.

Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Perdana Menteri berkata, sekalipun berlaku tsunami politik semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lepas itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.

“Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan meraikan perdana menteri peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Najib berkata, pemimpin BN kini perlu mencontohi pemimpin terdahulu yang sentiasa bersama rakyat dan mengutamakan kepentingan rakyat. – Bernama

Sumber : Bernama

Leave a Reply