News_archive

Rakyat miskin lebih dibela

By Saturday June 13th, 2009 No Comments

KUCHING 13 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat berbilang kaum di negara ini yang masih terkebelakang dan miskin akan mendapat pembelaan lebih daripada kerajaan menerusi konsep 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu memastikan setiap kaum di negara ini dibangunkan secara bersama termasuk mereka yang tinggal jauh di kawasan pedalaman.

Menurutnya, kerajaan akan terus berjuang serta melaksanakan apa juga program bagi memastikan setiap kelompok masyarakat di negara ini merasakan untung nasib mereka terbela menerusi konsep 1Malaysia.

“Sebagai contoh, apabila kita menawarkan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini, kita memberi pertimbangan khusus kepada masyarakat di luar bandar termasuk di Sarawak dan Sabah.

“Kita berharap dalam pertimbangan seperti ini, maka kita akan dapat seiring dan sejalan sesuai dengan tema kita pada malam ini ‘segulai sejalai’ ke arah pembentukan negara Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak Malaysia 2009 di Stadium Perpaduan Kuching di Petra Jaya di sini malam ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply