Pusat vaksinasi yang sesak boleh membawa kepada risiko penularan Covid dan…

By Sunday May 30th, 2021 No Comments

Pusat vaksinasi yang sesak boleh membawa kepada risiko penularan Covid dan tercetusnya kluster Covid.

Kerajaan kata kita dijangka terima bekalan vaksin yang tinggi tak lama lagi maka kadar vaksinasi akan semakin naik.

Namun semakin naik kadar vaksinasi maka berlakunya insiden kesesakan di pusat vaksinasi juga bakal naik.

Pada awal bulan Mac lalu, saya pernah cadang gunakan kaedah vaksinasi melalui pandu lalu (drive thru) di tempat parkir luas seperti kawasan parkir stadium dan juga membenarkan lebih 7,000 buah klinik swasta seluruh negara mengambil peranan dalam program vaksinasi untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin.

Masa itu, Menteri vaksin jawab saya bahawa kerajaan sedang pertimbangkan kedua-dua cadangan ini.

“Mac 2021: Malaysia Mulls Drive-Through Covid-19 Vaccination Sites”
https://codeblue.galencentre.org/2021/03/10/malaysia-mulls-drive-through-covid-19-vaccination-sites/

Harap ianya akan menjadi realiti pada masa terdekat untuk memberi lebih keselesaan kepada Rakyat dan mengurangkan risiko penularan Covid semasa divaksin.

Jangan pula orang datang nak dapat vaksin tapi kembali dengan Covid nanti.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157920240230952/

Leave a Reply