News_archive

PRU-13: Dr Mahathir Yakin Najib Mampu Buat Lebih Baik Daripada 2008

By Monday May 14th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.

Bekas Perdana Menteri itu berkata terdapat beberapa petanda baik untuk membubarkan Parlimen, namun ia terpulang kepada Najib bagi menentukan sama ada BN berupaya mencapai objektifnya untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

“Saya juga amat yakin beliau (Najib) ingin mencapai majoriti dua pertiga, namun sama ada ia boleh dicapai atau tidak, itu adalah perkara yang berbeza. Tetapi saya fikir beliau mungkin boleh melakukannya lebih baik daripada 2008,” katanya kepada pemberita selepas diisytihar Ikon Membaca Nasional Keempat di Perpustakaan Negara.

Apabila ditanya masa terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen, bekas perdana menteri itu dengan pantas menjawab, “Selepas raya.”

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik bahawa BN tidak mampu menawan Selangor jika pilihan raya umum diadakan dalam bulan Jun.

Source : Bernama

Leave a Reply