Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Propaganda muka depan The Edge demi mempertahankan keputusan kerajaan ialah... - Najib Razak

Propaganda muka depan The Edge demi mempertahankan keputusan kerajaan ialah…

By Monday January 11th, 2021 No Comments

Propaganda muka depan The Edge demi mempertahankan keputusan kerajaan ialah PN terpaksa batal projek HSR sebab Najib sudah jual kedaulatan negara.

Mereka kata kedaulatan Malaysia terancam jika syarikat operasi HSR ialah usaha-sama antara Singapura dengan kita sebab jajaran sepanjang 335km ada di dalam Malaysia manakala hanya 15km ada dalam Singapura.

Sebab itu, kedaulatan Malaysia sudah dijual Najib dan Najib adalah penderhaka negara.

Lalu dikatakan kerajaan PN tidak boleh dedahkan punca utama projek HSR dibatalkan sebab mereka takut Najib akan jatuhkan kerajaan PN jika ianya didedahkan.

Kelakarlah The Edge.

Kita maklum bahawa pemilik The Edge adalah orang yang bayar RM8 juta kepada Justo dan sebab itu dia terus dilantik sebagai seorang ahli Majlis Tindakan Ekonomi kerajaan PN walaupun seorang dari UMNO atau PAS tidak dilantik ke dalam Majlis tersebut.

Tapi saya nak tanya ini.

Syarikat usaha sama HSR adalah cubaan Najib menjual negara kepada Singapura sebab jajaran 335km ada di Malaysia dan 15km ada dalam Singapura sahaja, bagaimana pula dengan keputusan kerajaan PH (dengan menteri-menteri sama dalam kerajaan PN) yang menukar projek ECRL menjadi syarikat usaha sama 50-50 dengan syarikat milik kerajaan China untuk mengurus, mengendalikan dan menyelenggara rangkaian rel Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL)?
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perjanjian-ecrl-5050-mrl-dan-cccc-tun-mahathir-204638

Berapa inci jajaran ECRL yang ada dalam negara China?

Satu milimeter pun tak ada di China. Manakala 600km ada dalam Malaysia.

Itu tak kira jual kedaulatan negara kepada negara China pula?

Pada masa BN, syarikat MRL milik kerajaan yang akan mengurus, mengendalikan dan menyelenggara ECRL dengan sepenuhnya tapi ditukar oleh PH menjadi syarikat usaha sama 50-50.

Lagipun, ECRL adalah lebih mustahak dari segi strategik dan keselamatan negara sebab ianya melibatkan pengangkutan kargo dan logistik juga berbanding untuk penumpang sahaja bagi projek HSR.

Menteri-menteri PN yang buat keputusan untuk ECRL ini tak jual negara ke?

The Edge patut dedahkan bahawa realitinya ialah tanpa syarikat usaha sama dengan Singapura, kerajaan PN akan mempunyai kuasa ekslusif untuk memberi kontrak kepada sesiapa yang mereka mahu dan kabinet kerajaan PN sudah bersetuju untuk menggantikan projek HSR KL-Singapura dengan HSR KL-Johor Bahru dengan kos hampir sama di mana syarikat ERL milik YTL akan mendapat manfaat paling besar.

Tapi The Edge tak mahu sebut itu pulak.

Dibuat propaganda bahawa projek HSR mengancam kedaulatan negara manakala projek ECRL ditukar PH tak ancam kedaulatan negara pulak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157613549130952/

Leave a Reply