Prinsip saya mudah. 1) Sekiranya nak buat sesuatu untuk mengatasi krisis,…

By Wednesday June 23rd, 2021 No Comments

Prinsip saya mudah.

1) Sekiranya nak buat sesuatu untuk mengatasi krisis, kita buat betul-betul. Bukan separuh masak.

Supaya matlamat dicapai secepat mungin dan krisis tidak diheret berpanjangan.

PERLU ada hasil.

2) Jika perlu korban untuk kebaikan bersama, semua kena korban bersama untuk seketika. Bukan ada yang lepas tapi majoriti yang terkorban.

PERLU adil.

3) Dan bantuan patut diberi awal pada kadar yang wajar dan realistik bagi meringankan beban golongan yang paling terjejas supaya mereka mampu menghadapi tempoh pengorbanan.

PERLU peka dan peduli dengan kesusahan Rakyat.

Susah faham ke ni?

Sudah berpuluh kali saya pesan sejak bulan Januari lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157969028515952/

Leave a Reply