Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Presiden Kazakhstan Akhiri Lawatan Ke Malaysia - Najib Razak
News_archive

Presiden Kazakhstan Akhiri Lawatan Ke Malaysia

By Thursday April 19th, 2012 No Comments

SEPANG, 19 April (Bernama) — Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev berlepas pulang ke Kazakhstan hari ini selepas mengadakan lawatan negara dua hari ke Malaysia sejak Selasa.

Turut berada di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi mengucapkan selamat jalan kepada beliau ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Ini adalah lawatan ketiga Nazarbayev ke Malaysia dalam tempoh 16 tahun, yang mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Kazakhstan. Dua lawatan terdahulu adalah pada 1996 dan 2006.

Pada lawatan kali ini, Nazarbayev diiringi delegasi yang terdiri daripada menteri dan juga pegawai kanan kerajaan.

Semalam Nazarbayev dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat delegasi antara Kazakhstan dan Malaysia, selain kedua-dua negara turut menandatangani memorandum persefahaman dalam bidang pendidikan, sumber mineral dan pelancongan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply