Posting saya genap 5 bulan dahulu pada 15 Januari ketika PKP 2.0 baru…

By Tuesday June 15th, 2021 No Comments

Posting saya genap 5 bulan dahulu pada 15 Januari ketika PKP 2.0 baru bermula.

Apa yang berubah?

Yang mencetuskan bahagian terbesar jumlah kes serta kluster Covid semasa PKPB gelombang ketiga: sektor pengilangan, pembuatan dan tapak pembinaan.

Yang dibenarkan terus beroperasi semasa PKP amat ketat untuk kononnya membendung gelombang ketiga: sektor pengilangan, pembuatan dan sektor pembinaan juga?

Apa beza SOP PKP dengan SOP PKPB bagi sektor-sektor itu?

Jika serious untuk mengawal Covid, lebih elok sektor-sektor ini dihentikan sementara untuk 2 minggu PKP 2.0 fasa pertama sahaja agar PKP tidak dilanjutkan berulang kali.

Sistem kesihatan Malaysia dah jauh terlebih kapasiti. Kita bagi henti sekejap sektor-sektor yang menyumbang kes/kluster terbesar buat sementara sahaja.

Biar sistem kesihatan dan frontliners boleh bernafas seketika agar sistem kesihatan kita ada peluang pulih.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157953648170952/

Leave a Reply