Posting paling lucu saya baca hari ini ialah dari EXCO PKR Selangor seorang…

By Saturday May 30th, 2020 No Comments

Posting paling lucu saya baca hari ini ialah dari EXCO PKR Selangor seorang ini.

Pagi ini, PH petik cerita sebuah portal tuduh saya beli software Israel untuk intip PH sebelum PRU14.

Tuduhan cerita itu begini:

Cawangan khas (SB) PDRM beli software dari Israel pada bulan April 2018 iaitu sebulan sebelum PRU14 bernilai US$1.5 juta.

Setahun selepas PRU14 pula, SB, SPRM dan Pejabat Perdana Menteri beli software yang sama dari Israel bernilai US$5 juta – iaitu lebih 3 kali ganda nilai US$1.5 juta.

Saya sudahpun jelaskan tuduhan itu pagi ini di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157077733775952

1. Saya bukan Menteri dalam Negari masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri.

Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?

2. Pembelian Fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun. Pada bulan April 2018, kerajaan dah bubar dan kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing.

3. Pembelian Fasa 2 setahun selepas PRU14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM masa rejim Gagalkrasi PH. Patut tanya PM ke-7 dan geng.

Tapi…..

Hero PKR ini lain macam.

Dia tuduh software Israel ini yang “naikkan” populariti saya selepas PRU14.

Dan software Israel ini juga yang menyebabkan PH sering dimaki dan dihina dalam media sosial selepas PRU14.

Lain macam dia punya thinking out of the box.

Cuba tanya dia.

Adakah Cawangan Khas PDRM, PM ke-7 dan SPRM di bawah kerajaan PH menggunakan software Israel ini untuk sengaja “naikkan” populariti saya dan untuk sengaja memaki dan menghina kerajaan PH sendiri?

Pandai betul dia ni. Ini posting dia:
https://www.facebook.com/FazlyFaizalRazally/posts/578196182833711

Paling saya tak boleh faham ialah dia post cerita tentang orang lain tapi dia up gambar sendiri pulak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157078996150952/

Leave a Reply