Polis telah buka 3 kertas siasatan setelah menerima 134 laporan terhadap…

By Sunday February 7th, 2021 No Comments

Polis telah buka 3 kertas siasatan setelah menerima 134 laporan terhadap Tommy.

Dengan itu, geng sebelah sana pun mula memainkan propaganda berbaur perkauman.

Kononnya ini isu bangsa bully bangsa.

Tidak.

Ini isu fitnah dan isu melanggar undang-undang kerahsiaan.

Tiada kena-mengena dengan bangsa dia.

Terkena batang hidung Tommy, baru mereka mula tanya jika undang-undang dan mahkamah Malaysia adil.

Masa dia dengan Mahathir campur tangan dalam lantikan jawatan hakim, mereka tak tanya.

Masa hakim kes saya ditukar selepas perbicaraan bermula dan diganti dengan hakim baru yang tiada pengalaman kes jenayah di Mahkamah Tinggi, mereka tak soal pun.

Masa dakwaan terhadap Guan Eng ditarik balik selepas Tommy jadi Peguam Negara, membisu pula mereka.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157685536865952/

Leave a Reply