Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM8 umum pakej bantuan PEMERKASA+ dengan peruntukan perbelanjaan tunai... - Najib Razak

PM8 umum pakej bantuan PEMERKASA+ dengan peruntukan perbelanjaan tunai…

By Sunday June 20th, 2021 No Comments

PM8 umum pakej bantuan PEMERKASA+ dengan peruntukan perbelanjaan tunai kerajaan sebanyak RM5 bilion pada 31 Mei 2021.

Namun kerajaan sudah pinjam RM14.5 bilion sejak hari itu. RM134.5 bilion sejak permulaan tahun.

Jadi, kenapa pula banyak permohonan bayaran tambahan GKP dan BPR sebanyak RM100 bagi bujang serta RM300-500 bagi golongan B40 ditolak dan jika diluluskan pun, perlu tunggu untuk dibayar pada akhir bulan Jun sedangkan PKP 3.0 sudah dilaksanakan sejak 12 Mei 2021.

Yang suruh rayu pula akan dibayar pada bulan Ogos atau September.

Zaman krisis ini bukan masa untuk berkira dengan Rakyat.

Yang pernah dibayar BPR atau GKP fasa 1 tidak patut ditolak dan diperlukan untuk merayu sebab Rakyat tak tiba-tiba terjumpa harta karun dan menjadi kaya dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja pada zaman pandemik ini. Apa logiknya?

Perlu ingat prinsip ini.

Ianya lebih mulia dan bertanggung jawab untuk salah membantu segelintir kecil daripada salah nafi bantuan segera kepada mereka yang benar-benar memerlukannya dan sudah sangat terdesak.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157963207065952/

Leave a Reply