News_archive

PM Ucap Selamat Tahun Baru Kepada Masyarakat Tamil, Malayalee Dan Sikh

By Sunday April 12th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin menyampaikan ucapan selamat kepada masyarakat Tamil, Malayalee dan Sikh yang menyambut tahun baru masing-masing Selasa.??”Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru dengan penuh meriah kepada anda semua dan berharap anda mendoakan kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya. Selamat Menyambut Tahun Baru!” kata beliau dalam blognya 1Malaysia.??Najib berkata sambutan itu mengingatkan beliau akan betapa bertuahnya negara ini yang mempunyai pelbagai kaum.??”Saya akan ketinggalan jika tidak mengiktiraf kepelbagaian bentuk sambutan tahun baru. Sebagaimana yang saya fahami, waktu bertuah dalam tahun ini diraikan dengan berbagai nama, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk mendoakan tahun yang mendapat hasil melimpah dan kemakmuran berterusan,” katanya.??Beliau berkata pada masa yang sama, amalan kerohanian mesti digandingkan dengan usaha dan tindakan bersepadu untuk memastikan kejayaan.??”Sehubungan itu, sama ada anda meraikannya sebagai Vaisakhi, Vishu, Puthandu atau Varusha Pirappu, Rongali Bihu atau pun Naba Barsha, saya mengucapkan selamat menyambut perayaan yang meriah dan tahun mendatang yang berjaya kepada semua,” katanya.??Esok, masyarakat Tamil akan menyambut “Varusha Pirappu”, masyarakat Malayalee menyambut “Vishu” dan masyarakat Sikh menyambut “Vaisakhi”.

Sumber : Bernama

?

Leave a Reply