News_archive

PM Tunai Solat Jenazah Di Masjid Imam Turki Bin Abdullah, Riyadh

By Tuesday October 25th, 2011 No Comments

MEKAH, 25 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasai menyampaikan sendiri ucapan takziah kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud atas kemangkatan adindanya Putera Mahkota Putera Sultan Abdel Aziz al-Saud, di Riyadh, Arab Saudi.

Ketibaan beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di pangkalan udara Tentera Arab Saudi di Riyadh pada pukul 1.55 petang (6.55 petang) disambut oleh anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Selepas berehat sebentar di Istana Persidangan, Najib berlepas ke Masjid Imam Turki bin Abdullah untuk menunaikan solat Asar bersama ketua kerajaan dan orang kenamaan dari serata dunia, disusuli dengan solat jenazah.

Putera Mahkota yang berusia lingkungan 80-an itu, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi, mangkat di hospital New York Sabtu lalu selepas gering.

Ramai ketua kerajaan dan orang kenamaan dari luar negara tiba untuk menghadiri pengebumian Putera Mahkota itu yang dijadualkan selepas solat Asar, dan ketibaan mereka serta majlis pemakaman disiarkan secara langsung oleh televisyen kebangsaan Arab Saudi KSA1 dan KSA2.

Sebaik tamat solat jenazah di Riyadh, televisyen Arab Saudi menyiarkan secara langsung solat Asar di Masjidil Haram di sini (waktu Asar sedikit berbeza antara Riyadh dan Mekah), diikuti solat ghaib (solat jenazah dari jauh).

Selepas solat Maghrib, Najib dan isteri berlepas ke istana, bersama-sama dengan ratusan ketua-ketua kerajaan dan orang kenamaan, untuk majlis penyampaian ucapan takziah.

Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang ke tanah air lewat petang ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply