News_archive

PM, TPM Dijangka Hadiri Rumah Terbuka Deepavali Anjuran KSM Jumaat Ini

By Wednesday November 17th, 2010 No Comments

KUALA TERENGGANU, 17 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) di Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya, Jumaat ini.

Pegawai Perhubungan Awam KSM Wan Norhana Mohamad dalam satu kenyataan hari ini berkata antara tetamu kenamaan lain yang akan hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Wan Norhana berkata di samping menikmati hidangan yang disediakan, tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian tradisi India dan Bhangra oleh kumpulan penari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Majlis itu akan turut diserikan dengan persembahan muzik oleh Kombo ElRaz, Tarian 1Malaysia oleh Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) serta persembahan nyanyian daripada artis-artis jemputan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply