News_archive

PM, TPM Dan Menteri Kabinet Hadir Beri Sokongan Program Isteri Wakil Rakyat

By Saturday May 5th, 2012 No Comments

KUANTAN, 5 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa Menteri Kabinet hadir memberi sokongan kepada isteri masing-masing sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia (PTIWRBNM) 2012, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, di sini.

Perdana Menteri kemudiannya turut menyampaikan hadiah termasuk piala pusingan kepada pemenang bagi dua acara yang dipertandingkan iaitu boling dan badminton.

Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (BAKISA) mengungguli acara badminton selepas menewaskan BAKTI 3-2 dalam perlawanan akhir yang turut menyaksikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, merangkap Yang Dipertua BAKTI, beraksi dalam acara berkenaan.

Rosmah yang berpasangan dengan Datin Seri Lee Sun Loo menewaskan lawannya daripada BAKISA iaitu Datin Seri Siti Jouyah Mohd YuninDatin Noraini Salleh 15-9, 15-1 dalam perlawanan regu pertama.

Bagaimanapun keputusan perlawanan akhir itu memihak kepada pasukan BAKISA. Bagi acara boling, johan dimenangi pasukan Badan Amal dan Usaha Perak (BAIDURI) diikuti Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Wakil Rakyat Sabah (BAKISA)dan ketiga Badan Amal dan Kasih Selangor (KASIH).

Sumber : Bernama

Leave a Reply