Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM Tiba Di P.Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari - Najib Razak
News_archive

PM Tiba Di P.Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari

By Sunday April 22nd, 2012 No Comments

BUTTERWORTH, 22 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth, di sini pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang.

Najib yang menaiki pesawat khas tiba pada pukul 9.20 pagi, disambut oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Menteri di JPM Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ng Yen Yeng yang juga Menteri Pelancongan dan pemimpin parti komponen BN Pulau Pinang.

Atur cara lawatan Najib ke negeri ini antara lain mengadakan perjumpaan dengan lebih 5,000 anggota jentera pilihan raya komponen BN Pulau Pinang di Bukit Jawi Golf Club di Nibong Tebal.

Beliau juga dijadual menghadiri kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Simpang Tiga dan menghadiri majlis perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) India, Cina, pensyarah, pemimpin pelajar dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di Kompleks Cahaya Siswa, USM.

Sumber : Bernama

Leave a Reply