Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM Sumbang RM100,000 Kepada Masjid Al-Hussain Di Alor Setar - Najib Razak
News_archive

PM Sumbang RM100,000 Kepada Masjid Al-Hussain Di Alor Setar

By Monday April 30th, 2012 No Comments

ALOR SETAR, 30 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyumbang RM100,000 kepada pengurusan Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong di sini bagi memastikan keselesaan jemaahnya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah kepada imam masjid itu Ismail Sulaiman pada satu majlis di masjid itu malam Ahad.

Ahmad Bashah yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bakar Bata turut menyumbang RM5,000 kepada masjid itu.

“Perdana Menteri berharap wang sumbangan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk menyediakan keperluan jemaah supaya lebih selesa mengerjakan ibadat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek itu.

Ahmad Bashah juga berkata beliau akan menyampaikan kepada perdana menteri permohonan pengurusan masjid itu bagi peruntukan RM3 juta untuk tujuan pembesaran masjid bagi menampung pertambahan jemaah.

Sumber : Bernama

Leave a Reply