News_archive

PM Sumbang 5,000 Bungkus Bubur Lambuk Di Masjid Jamek Kampung Baru

By Thursday August 18th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Khamis menyumbangkan 5,000 bungkus bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohd Po’ad Jelani, yang mewakili Najib, mengagihkan bubur lambuk kepada anggota jemaah masjid serta pengunjung di sekitar kawasan berkenaan.

“Ini (bubur lambuk) adalah sumbangan peribadi Perdana Menteri dan isteri… ia merupakan acara tradisi tahunan mereka,” katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru.

Beliau berkata seramai 35 anggota pasukan sukarela pejabat Perdana Menteri menyertai acara pengagihan bubur lambuk, yang dimasak dalam 50 periuk sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru Datuk Idris Shaari Mat Deris menyatakan penghargaannya kepada Perdana Menteri atas sumbangan juadah berbuka puasa untuk rakyat itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply