News_archive

PM sampai zakat kepada 5,000 penerima

By Saturday August 27th, 2011 No Comments

PEKAN 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan zakat kepada 5,000 orang kurang berkemampuan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Mereka terdiri daripada orang miskin, ibu dan bapa tunggal, anak yatim serta orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di daerah itu.

Beliau sebelum itu menerima wang zakat sumbangan Bank Rakyat yang diwakili Pengerusinya, Tan Sri Syed Jalaludin Syed Salim diikuti Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahmad.

Turut menyumbang, Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Mohd. Nor; Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Berhad, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman dan wakil Permodalan Nasional Berhad, Datuk Zainal Abidin Pa’wan

Seorang ibu tunggal, Zawiyah Awang, 83, bersyukur kerana sejak menjadi penerima zakat bagi Parlimen Pekan sebanyak RM250, dia kini mampu membeli baju raya malah dapat menyediakan juadah lebaran.

“Sebelum ini, saya terpaksa berjimat cermat dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu sebanyak RM300 sebulan,” katanya yang berasal dari Kampung Merchang kepada pemberita selepas menerima sumbangan zakat daripada Perdana Menteri.

Selain Zawiyah, anaknya, Robiah Ibrahim, 55, yang juga ibu tunggal turut terpilih menerima bantuan zakat itu.

Sumber : Utusan

Leave a Reply