Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM Rasmi Usaha Sama UMW Di Wilayah Hebei - Najib Razak
News_archive

PM Rasmi Usaha Sama UMW Di Wilayah Hebei

By Friday June 5th, 2009 No Comments

BEIJING, 5 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan pembukaan syarikat usaha sama Malaysia-China, Zhongyou BSS (Qiangdao) Petropipe Co Ltd di Qinhuangdao di Wilayah Hebei, kira-kira 350 kilometer dai ibu negara China.

Usaha sama itu adalah di antara UMW Holdings Bhd, yang menguasai 49 peratus pegangan dan Baoji Petroleum Steel Pipe Co Ltd, anak syarikat China National Petroleum Corporation.

Najib, yang memotong riben merah dan menandatangani plak bagi menandakan majlis pembukaan berkata, beliau gembira semakin banyak syarikat Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk meneroka ke luar negara, terutamanya di China.

Beliau mengucapkan tahniah kepada UMW, satu daripada syarikat berkaitan kerajaan yang berjaya, di atas rekod prestasi yang kukuh di China.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed.

Pengerusi kumpulan UMW Tan Sri Azmat Kamaludin berkata usaha sama berkenaan mengeluarkan paip transmisi gas dan minyak bagi sebahagian daripada Projek Kedua Saluran Paip Gas Barat-Timur sepanjang 9,100 kilometer dari Khazakstan ke Shanghai.

Beliau berkata usaha sama bernilai 1.3 bilion renmimbi itu merupakan kilang keenam UMW di China dan adalah yang terbesar bagi syarikat itu di negara berkenaan.

Pengeluaran di kilang itu yang kapasti tahunannya sebanyak 480,000 tan, bermula tahun lepas.

Qinhuangdao, yang mengambil namanya sempena maharaja China yang pertama, Shi Huang Ti merupakan bandar tepi pantai di mana bermulanya Tembok Besar China, yang juga dikenali sebagai Kepala Naga.

Sumber : Bernama

Leave a Reply