Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM rasmi kilang paip gas UMW - Najib Razak
News_archive

PM rasmi kilang paip gas UMW

By Thursday June 4th, 2009 No Comments

BEIJING 5 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan kilang membuat paip gas dan petroleum Zhongyou BSS Petropipe Co. Ltd. yang merupakan usahasama antara UMW Holding Berhad (UMW) dengan Perbadanan Petroleum Kebangsaan China (CNPC).

Kilang yang dibina dengan kos kira-kira RM600 juta itu merupakan pelaburan terbesar UMW di China setakat ini.

Ia yang mula beroperasi pada tahun lalu merupakan salah satu pembekal paip terbesar untuk projek saluran Paip Gas Timur-Barat China dengan jarak sejauh 9,102 kilometer.

UMW mempunyai kepentingan 49 peratus dalam loji tersebut yang seluas 658,337 meter persegi atau keluasan 60 padang bola sementara bakinya milik Baoji Petroleum Steel Pipe Co. Ltd. anak syarikat CNPC.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, kerajaan Malaysia akan terus memberi sokongan terhadap penerokaan oleh syarikat tempatan dalam mencari peluang pelaburan baru di luar negara termasuk China.

Kejayaan UMW melalui perkongsian bersama syarikat China itu juga ,katanya, menunjukkan kerajaan negara ini mesra pelabur.

“Saya harap syarikat-syarikat dari Malaysia akan mengikut langkah UMW untuk menjadi pemain global dengan mencari peluang bukan sahaja di China tetapi di selurh dunia,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian kilang itu yang terletak di Qinhuangdao kira-kira 400 kilometer dari sini hari ini.

Malah beliau turut menggalakkan lebih banyak syarikat Malaysia terlibat dalam industri minyak dan gas kerana ia menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

“Di sebalik krisis ekonomi dunia dan harga minyak yang tidak menentu industri minyak dan gas terus berkembang,” katanya.

Malah katanya, sektor minyak dan gas merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara pada ketika ini.

“Saya galakkan lebih banyak syarikat Malaysia untuk teroka sektor ini kerana pulangannya menarik. Ia juga menggalakkan pemindahan teknologi dalam bidang ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Sementara itu Pengerusi Kumpulan UWM, Tan Sri Azmat Kamaludin berkata, usaha sama itu ialah membekalkan paip untuk projek paip gas dari Khazakstan ke Shanghai.

Katanya, ia merupakan loji UMW keenam di China yang terbesar di negara ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply