Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM ketuai delegasi ke Pulau Jeju - Najib Razak
News_archive

PM ketuai delegasi ke Pulau Jeju

By Thursday May 28th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Korea Selatan di Pulau Jeju pada Isnin dan Selasa ini.

Perdana Menteri akan diiringi Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan.

Korea Selatan turut menyusun beberapa aktiviti di luar sidang kemuncak, termasuk Sidang Kemuncak CEO, Pameran Teknologi Maklumat bertemakan Green Growth, Green Asia dan acara kebudayaan.

Najib dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak CEO anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Korea yang dijangka dihadiri pemimpin perniagaan pada Isnin.

Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Korea Selatan, Lee Myung Bak dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tang Dung.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply