Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM: harga Minyak Global Dijangka Meningkat Apabila Ekonomi Global Pulih - Najib Razak
News_archive

PM: harga Minyak Global Dijangka Meningkat Apabila Ekonomi Global Pulih

By Monday June 8th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata harga minyak global dijangka meningkat apabila ekonomi global pulih.

Walau pun kenaikan itu tidak dijangka secara mendadak seperti yang dicatatkan pada 2007 dan separuh pertama 2008, katanya permintaan bagi mendapatkan minyak hari ini kelihatan seperti akan berkembang pada kadar sederhana untuk tempoh lima tahun akan datang berbanding dengan unjuran pada sembilan hingga 12 bulan yang lepas.

“Pembangunan kos rizab yang lebih tinggi untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat tidak dapat dielakkan walau pun permintaan yang relevan akan muncul kemudiannya dan kemungkin secara perlahan-lahan daripada yang dijangka sebelum ini,” katanya pada ucaptama di Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-14 di sini hari ini.

Najib berkata tinjauan jangka sederhana turut semakin menurun selain tekanan jangka masa segera berbanding dengan kitaran perniagaan global.

“Pertumbuhan global dijangka tidak mengalami pemulihan dalam tempoh terdekat kepada tahap yang pantas yang dicapai beberapa tahun lepas kerana krisis kewangan akan memberikan kesan yang panjang ke atas aliran kredit dan modal.

Trend sedemikian dan kesan seterusnya ke atas industri tenaga sepatutnya menjadi kebiasaan kepada kita,” katanya.

Najib berkata penggunaan tenaga utama global dijangka berkembang 1.6 peratus setahun, yang akan menyebabkan kenaikan penggunaan tenaga 45 peratus antara sekarang dan 2030.

Sejajar dengan jangkaan kepada perubahan kuasa ekonomi ke Timur, fokus permintaan global akan beralih ke negara membangunan, terutama sekali China, katanya.

Najib berkata sektor pengangkutan dan komersil akan mencatatkan kenaikan tertinggi manakala penggunaan perindustrian dan kediaman dijangka meningkat pada tahap lebih perlahan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply