News_archive

PM Hadir Majlis Tahlil Merdeka Dan Buka Puasa

By Tuesday August 31st, 2010 No Comments

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menghadiri majlis tahlil merdeka dan berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 anggota beruniform dan veteran UMNO di Masjid Putra di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dan isteri, Datin Seri Maznah Rais, serta Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada wakil pasukan keselamatan antaranya Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut menerima sumbangan wakil daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply