News_archive

PM Gesa Cungkil Bakat Baru

By Saturday April 2nd, 2011 No Comments

GEORGETOWN, 2 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu persatuan bola sepak di seluruh negara berusaha mencungkil bakat baru pemain di peringkat akar umbi bagi melahirkan pemain bola sepak bertaraf dunia.

Beliau berkata usaha untuk mencungkil bakat baru haruslah dilaksana secara bersepadu dan menyeluruh.

“Jika tiada pemain yang baik, panggil Jose Mourinho (jurulatih kelab Real Madrid) pun tidak berguna dan tidak boleh buat apa kerana tiada pemain yang baik,” katanya pada majlis pelancaran pasukan bola sepak Pulau Pinang 1Malaysia, di sini Sabtu malam.

Beliau berkata pemilihan pemain tidak harus dibuat di peringkat kebangsaan sahaja, malah ia bermula di peringkat sekolah dan usaha itu harus berterusan sehingga ke peringkat mencari pemain daerah, negeri dan negara.

Najib berkata program pembangunan bola sepak adalah seperti pembinaan struktur piramid dan mereka yang sampai kemuncak piramid itu adalah pemain yang terbaik.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan jersi baru pasukan Pulau Pinang dan lagu bola sepak kebangsaan yang digubah oleh usahawan muzik terkenal, Datuk Wah Idris.

Sumber : Bernama

Leave a Reply