News_archive

PM Dijangka Rasmi Kampung Budaya Mini 1Malaysia Di Sibu Jumaat Ini

By Monday February 20th, 2012 No Comments

SIBU, 21 Feb (Bernama) — Jumaat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri dua majlis yang dianjurkan oleh komuniti Cina tempatan.

Menurut Datuk Lau Nai Ho, Pengerusi Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu, Najib akan merasmikan Kampung Budaya Mini 1Malaysia berdekatan Taman Jubilee Bukit Aup pada 9 malam.

Kampung itu adalah projek persendirian ahli perniagaan Ying Tieng Chai untuk memulihara dan mengetengahkan pelbagai budaya serta tradisi pelbagai etnik Cina di negeri ini.

Ia akan menjadi sebahagian daripada tarikan yang akan ditawarkan oleh Sibu kepada pengunjung dan pelancong.

Bercakap pada sidang akhbar di sini pada Selasa, Lau berkata Najib akan turut melancarkan tema 1Malaysia 1UCA di venue yang sama.

Sumber : Bernama

Leave a Reply