Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PM Dan Isteri Sertai Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Untuk Allahyarham Tun Abdul Razak - Najib Razak
News_archive

PM Dan Isteri Sertai Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Untuk Allahyarham Tun Abdul Razak

By Sunday March 11th, 2012 No Comments

PEKAN, 11 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyertai majlis bacaan Yasin dan tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini malam Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang penduduk Pekan dan kawasan sekitarnya.

Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman mengetuai bacaan Yasin dan tahlil itu yang diadakan selepas solat Maghrib dan solat hajat.

Selesai tahlil, Abdul Rahman turut menyampaikan tazkirah ringkas sementara menunggu masuk waktu solat Isya’.

Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, meninggal dunia pada 14 Jan 1976, di London kerana penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Sumber : Bernama

Leave a Reply