News_archive

PM Bertemu Pegawai Dan Kakitangan Agensi Persekutuan Di Selangor

By Saturday January 7th, 2012 No Comments

SHAH ALAM, 7 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu mengadakan perjumpaan tertutup dengan 3,000 pegawai dan kakitangan agensi persekutuan di Selangor sempena program nurani rakyat selama dua hari di negeri ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tiba di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada 8.30 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam setengah menyampaikan amanat beliau kepada penjawat awam berkenaan.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar serta barisan kepimpinan parti komponen BN Selangor.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri program bersama warga industri di semua sektor di Pusat Kecemerlangan Proton di sini yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.

Sumber : Bernama

Leave a Reply