News_archive

PM Akan Layan Pemanggil Talian Pakar Pada 10 Mei

By Wednesday May 2nd, 2012 No Comments

SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) — Pemanggil Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) berpeluang berinteraksi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan melayan beberapa panggilan di pusat itu pada 10 Mei ini.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Pengerusi Barisan Nasional itu akan menjawab kira-kira tiga panggilan ke pusat berkenaan selepas merasmikan Pakar, yang terletak di Bangunan Umno Selangor pada hari tersebut.

“Pemanggil bertuah akan berinteraksi sendiri dengan Perdana Menteri dan mereka bakal menerima hadiah istimewa daripada Pakar,” katanya pada satu sidang media di sini, pada Rabu.

Pakar yang mula beroperasi pada 9 April lepas berfungsi sebagai medium komunikasi dan perkhidmatan parti itu kepada rakyat menerusi talian 1-300-22-2626.

Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu melalui Pakar.

Sumber : Bernama

Leave a Reply