PKPB tidak semestinya lebih baik berbanding PKP bagi kebanyakan sektor…

By Tuesday January 26th, 2021 No Comments

PKPB tidak semestinya lebih baik berbanding PKP bagi kebanyakan sektor ekonomi.

Berdasarkan kepentingan ekonomi, Kerajaan cadang untuk hentikan PKP separuh masak sepanjang 23 hari dan melaksana semula PKPB sekurang-kurangnya untuk 3 bulan.

Tapi banyak sektor-sektor yang tidak kurang terkesan akibat tidak dibenarkan beroperasi atau jumlah pelanggan jatuh mendadak kerana bimbang dengan jangkitan baru Covid yang tinggi semasa PKPB dilaksanakan.

Dari segi matematik, yang mana lebih elok bagi sektor-sektor tersebut?

a) Dengan bantuan kerajaan, sektor-sektor tersebut terpaksa menghadapi kejatuhan pendapatan sehingga 100% untuk satu bulan sahaja jika PKP yang amat ketat dilaksanakan untuk memberi kesan maksima ke atas penularan Covid;

atau;

b) berdepan dengan kejatuhan pendapatan sehingga 80% untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan apabila PKPB dilaksanakan.

Dan apakah jaminan kes baru Covid mampu diturunkan ke dua angka dengan perlaksanaan PKPB selama 3 bulan sedangkan jumlah kes baru Covid naik ke empat angka sepanjang tempoh 4 bulan PKPB dilaksanakan pada tahun lepas?

Apakah jaminan bahawa PKPB untuk mengganti PKP tidak akan dilanjutkan berulang kali?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157650582380952/

Leave a Reply